fbpx

Prestasi Razlan pada tahap baik – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENELITIAN laporan yang dibuat FAM mendapati pengadil final Piala Malaysia, Razlan Joffri Ali (empat dari kanan) berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil mempertahankan pengadil final Piala Malaysia, Razlan Joffri Ali yang disifatkan berjaya melaksanakan tugasannya dengan baik.

Badan induk itu juga turut menyatakan keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh Razlan pada perlawanan, Sabtu lalu adalah tepat.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menjelaskan beliau meneliti laporan Penilai Pengadil serta analisis oleh Unit Pengadil FAM dan Jawatankuasa Prestasi Pengadil FAM.

“Laporan Penilai Pengadil menunjukkan bahawa pengendalian perlawanan oleh Razlan telah menunjukkan satu prestasi yang baik sekali gus tidak mempengaruhi keputusan akhir perlawanan.

“Unit Pengadil FAM dan Jawatankuasa Prestasi Pengadil FAM juga telah membuat analisa perlawanan dan mendapati keputusan kad kuning kedua (perintah keluar padang) yang diberikan kepada kedua-dua pasukan adalah tepat dari segi undang-undang permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2024/2025.

“Keputusan penalti yang diberikan kepada pasukan JDT (Johor Darul Ta’zim) dan keputusan membatalkan gol JDT kerana kesalahan ofsaid adalah tepat.

“Setiap insiden dalam permainan tersebut telah disemak dengan tepat oleh Pengadil VAR (Video Bantuan Pengadil) dan tahap pematuhan ‘Protocol VAR’ adalah sangat cemerlang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI