fbpx
PENGGUNA media sosial diingat agar berhati-hati berkongsi gambar di semua platform bagi menggelak disalah guna.

Hati-hati berkongsi, ada yang perhati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Setiap hari kita akan melayari media sosial, sama ada sekadar melihat atau muat naik gambar dan video. Semuanya atas pelbagai tujuan termasuk berkongsi momen-momen indah bersama rakan mahupun keluarga.

Gambar yang cantik seharusnya dikongsi.

Platform seperti TikTok, Facebook dan Instagram tidak ubah seperti album bergerak, bila-bila masa boleh dilayari. Paling menakutkan apabila gambar dan video digunakan orang lain untuk kes jenayah dan memalukan.

Sebelum ini digunakan untuk menipu orang ramai kini dijual demi keuntungan diri.

Bayangkan, gambar atau video yang dikongsi anda digunakan pihak ketiga dengan tujuan yang salah dan memalukan. Alangkah terkejut melihat gambar sempurna berpakaian tiba-tiba ‘terbuka’ separuh.

Malu dan trauma mangsa, namun pelakunya seronok, malah meraih keuntungan hasil jualan gambar yang disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Kes yang dilaporkan baru-baru ini membabitkan seorang pelajar tingkatan empat di Johor yang didakwa menyunting gambar rakan sekolah dan gadis lain menggunakan AI individu tanpa pakaian.

Berdasarkan siasatan polis, gambar yang disunting dijual RM2 setiap satu di media sosial. Tertuduh telah didakwa dan tidak mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.

Dia hanya mengaku memiliki 14 gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Xiomi. Pelajar sekolah ada bahan lucah, untuk apa dan mengapa. Makin pelik perangai sekarang.

Satu lagi kes membabitkan pempengaruh berusia 18 tahun yang mendakwa gambarnya disunting tidak berpakaian sebelum dijual RM18 di pasaran.

Menurut wanita itu, foto miliknya disunting menggunakan AI dan hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakan sebelum berusaha menjejaki pelaku.

Dua kes terbaharu ini cukup menakutkan. Pelaku makin galak apabila ada pembeli yang dambakan gambar-gambar seperti ini. Ada permintaan pastinya ada penawaran.

Dua kes ini juga menunjukkan pelaku tidak normal dan boleh terdedah kepada pelbagai kes jenayah lain.

Secara umumnya, Malaysia merekodkan seramai 28.68 juta pengguna media sosial pada 2024 dengan medium yang paling popular dilayari adalah WhatsApp, TikTok, Facebook dan Instagram.

Berdasarkan laporan itu, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama dua jam 48 minit secara purata sehari menggunakan media sosial.

Bayangkan berapa ramai dan banyak gambar yang ada di platform berkenaan. Seharusnya perkara ini tidak dipandang ringan setiap orang.

Teknologi merubah cara manusia berhubung yang antara lain boleh menggalakkan seseorang melakukan jenayah. Beringatlah setiap kali kita mahu berkongsi di media sosial, sama ada gambar sendiri keluarga terutama anak-anak, kita mahu meraikan orang lain ambil kesempatan.

Elok berpakaian tiba-tiba tinggal separuh. Wajah tampan tiba-tiba dituduh menipu orang.

Orang sekarang hobi pelik-pelik. Mengintai wanita melepaskan ‘hajat’ di tandas awam, mencuri pakaian dalam wanita di ampaian, pelaku yang tidak terjangkau di pemikiran kira manusia waras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN