fbpx

KSL Esplanade Mall Grand Draw 2025 tamat, lebih RM222,222 hadiah dimenangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membanjiri KSL Esplanade Mall, Klang dengan penuh keterujaan sempena Majlis Penyampaian Hadiah Grand Draw, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ribuan pengunjung membanjiri acara kemuncak Majlis Penyampaian Hadiah Grand Draw 2025 yang berlangsung di KSL Esplanade Mall, Klang, baru-baru ini.

Acara berkenaan merupakan penutup kepada kempen ganjaran beli-belah selama empat bulan yang berlangsung dari 1 Disember 2024 sehingga 31 Mac 2025.

Pihak KSL Esplanade Mall berkata, kempen itu menerima lebih 5,000 penyertaan daripada pembeli yang berbelanja minimum RM88 dalam satu resit di mana-mana kedai dalam pusat beli-belah tersebut.

Katanya, semua peserta yang layak telah dijemput kembali pada 20 April untuk menghantar tiket cabutan bertuah masing-masing.

“Sebanyak 19 hadiah menarik telah diberikan kepada pemenang bertuah termasuk peralatan elektronik, kerusi urut mewah, penapis udara, penginapan hotel, dan baucar KSL Gift.

“Sorotan utama acara ini adalah hadiah utama iaitu sebuah Jaecoo 17 baharu, yang dimenangi secara langsung di hadapan orang ramai oleh seorang pembeli bertuah, Nur Farahizzah Ahmad Nazri,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, acara cabutan bertuah tersebut dijalankan secara adil dan telus, dengan pengesahan tiket dilakukan di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI