fbpx

Curi pakaian dalam wanita secara ‘pandu lalu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mencuri pakaian dalam wanita dengan menaiki skuter miliknya. – Yuni

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita yang digantung pada ampaian di hadapan sebuah rumah di Cirebon, wilayah Jawa Barat dengan cara ‘pandu lalu’, lapor portal berita Arah Pantura semalam. 

Kejadian berlaku di kawasan kejiranan dekat daerah Kedawung.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu menunggang sebuah skuter sebelum berhenti di bawah gantungan baju.

Dia kemudian mengambil beberapa pakaian dalam tanpa turun daripada motosikalnya.

Mangsa dikenali sebagai Mi, 34, berkata, pakaian dalamnya hilang sebanyak dua kali.

“Kecurian pertama berlaku sekitar pukul 12 malam (waktu tempatan) pada 18 April, manakala pencurian kedua berlaku pada 21 April lepas.

“Saya masih belum melaporkan kepada polis kerana berasa malu,” tambah Mi.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk berwaspada dan segera membuat laporan polis sekiranya pakaian dalam mereka hilang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI