fbpx

Liga Super: Sri Pahang raih ‘tonik’ sebelum ke SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mykola Ahapov (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Sri Pahang meraih tonik terbaik menjelang final Piala Malaysia selepas melakar kemenangan keempat berturut-turut dengan menewaskan Penang FC 3-2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Tanpa penyerang Kpah Sherman dan pemain tengah, Manuel Hidalgo, Tok Gajah turun dengan kesebelasan utama yang mungkin akan dipertaruhkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan.

Gol yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-18 menerusi penyudah Mykola Ahapov.

Bersambung pada babak kedua, pemain muda Harimau Kumbang, Alif Ikmal Rizal berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-48.

Tersentak dengan gol tersebut, Syazwan Andik kembali memberi kelebihan buat tuan rumah pada minit ke-58 tetapi Penang FC menyamakan semula kedudukan apabila Stefano Brundo tertampan bola ke arah gol sendiri berselang enam minit kemudian.

Ahapov muncul wira Sri Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 untuk memastikan tiga mata penuh dapat dikutip pada aksi terakhir Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI