fbpx

Pemandu bas curi RM30 hilang pencen RM370,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 27 April 2020 menunjukkan seorang pemandu bas duduk di dalam kenderannya di Tokyo. – AFP 

TOKYO – Seorang pemandu bas yang berkhidmat selama 29 tahun hilang wang pencen lebih 12 juta yen (RM370,803) selepas dipecat kerana mencuri duit tambang penumpang sebanyak 1,000 yen (RM30).

Pentadbiran Bandar Kyoto memecat lelaki yang tidak dinamakan itu selepas kamera keselamatan bas merakam dia mengambil wang tambang berjumlah 1,000 yen pada 2022.

Selepas dinafikan pakej persaraan lebih 12 juta yen, pemandu itu menyaman pentadbiran Bandar Kyoto tetapi kalah kes tersebut.

Sebuah mahkamah lebih tinggi kemudian memihak kepadanya dengan alasan hukuman dikenakan adalah berlebihan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung semalam menyampaikan keputusan muktamad memihak kepada Bandar Kyoto dan  mengembalikan semula keputusan asal.

Menurut mahkamah berkenaan, perbuatan lelaki itu boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap sistem dan operasi perkhidmatan bas.

Pemandu itu turut ditegur beberapa kali sepanjang kerjayanya berhubung pelbagai insiden, demikian menurut keputusan mahkamah.

Ini termasuk menghisap rokok elektronik berulang kali semasa bertugas, walaupun ketika tiada penumpang di dalam bas.

Bandar Kyoto memuji keputusan itu.

“Jika langkah tegas tidak diambil, organisasi kita boleh menjadi cuai dan menghakis kepercayaan orang awam,” kata pegawai biro pengangkutan awam Kyoyo, Shinichi Hirai. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI