fbpx
Pelancong tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dekat Bangkok, Thailand pada 4 Januari 2023. - VNExpress

Wajib isi kad ketibaan digital sebelum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand melancarkan sistem kad ketibaan digital bagi semua pengembara asing yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei ini, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Langkah itu dibuat bagi menggantikan borang ketibaan tradisional dikenali sebagai TM6 untuk mengurangkan masa pemprosesan serta meningkatkan kecekapan di seluruh pintu masuk. 

Sistem baharu itu juga membolehkan pengembara untuk melakukan pra pendaftaran dan menyerahkan butiran peribadi mereka secara online.

Semua pelancong dikehendaki melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand dalam tempoh 72 jam sebelum memasuki negara itu, demikian menurut portal berita Nation Thailand. 

Biro Imigresen turut menghasilkan risalah dan video mengenai kad tersebut dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina, Korea, Russia dan Jepun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN