fbpx
MISS SINI (kiri) bersama anak-anaknya bersyukur dapat tinggal dan beraya di rumah baharu di Kawasan Perindustrian Gua Musang, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

‘Dua tahun kami tumpang tandas surau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Sebuah keluarga yang hidup dalam kea­daan serba kekurangan bersyukur apabila dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria selepas menerima sumbangan sebuah rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Miss Sini Disuma, 41, berkata, dia bersama suami, Mohd. Na­zeri Hasim, 43, dan lapan anak sebelum ini tinggal di sebuah rumah yang sangat usang apabila bahagian dapur rumah dan tandas sudah runtuh di Kampung Baru di sini.

Katanya, suaminya tidak mampu untuk membaiki kerosakan tersebut dan mereka terpaksa menumpang tandas surau untuk membersihkan diri.

“Kami terpaksa menumpang tandas surau berhampiran rumah selama hampir dua tahun. Saya bersyukur segala kesusahan sebelum ini berakhir apabila pihak Maik menyerahkan rumah ini bulan lalu.

“Lebih menggembirakan kami anak-beranak apabila dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui di rumah sumbangan Maik di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini semalam:

Menurut Miss Sini, rumah baharunya itu mempunyai lima bilik, tandas, dapur dan ruang tamu yang selesa.

Katanya, dia dan keluarga hanya menyambut Aidilfitri secara ala kadar apabila hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai pembantu kedai makan, manakala suami mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung:

“Terima kasih pihak Maik dan Ketua Jajahan Gua Musang, Rusydee Abdullah yang sudi membuat penyerahan kunci rumah sebelum Ramadan. Insya-Allah kami akan menjaga rumah ini dengan sebaiknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN