fbpx
Anggota penguat kuasa MPKS memeriksa kilang kitar semula di sekitar Ijok, Kuala Selangor.

Kilang kitar semula haram di Ijok digempur, disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Kegiatan sebuah premis kitar semula beroperasi secara haram dan menimbulkan kacau ganggu di Ijok di sini akhirnya digempur pihak berkuasa semalam.

Operasi kira-kira pukul 9 pagi itu dijalankan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta beberapa agensi lain.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS,  Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai kilang yang beroperasi tanpa lesen dipercayai sejak enam bulan lalu.

“Pemeriksaan selama empat jam membawa kepada tindakan penutupan serta-merta premis terbabit.

“Selain pemberhentian operasi premis, notis dikeluarkan bagi menghapuskan kacau ganggu, memindahkan halangan membina bangunan tanpa kelulusan bertulis pihak majlis,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kompaun turut dikenakan atas kesalahan gagal membersihkan kawasan serta longgokan guni plastik di kawasan awam.

Tambah Mohamad Lutfi, MPKS turut menyita pelbagai peralatan seperti kipas, penimbang berat digital, tukul dan troli digunakan premis itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN