fbpx
MOHD. ZEINI menunjukkan bahagian enjin sebuah kereta Proton Saga yang tenggelam banjir di bengkelnya di Kampung Kota Bharu baru-baru ini. – ROHANA MOHD. NAWI

Proton Iswara, Kancil RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang peniaga kereta terpakai kerugian RM3,000 apabila terpaksa membaiki dan membeli alat ganti selepas terbeli dua buah kereta ditenggelami banjir yang dijual pelanggan pada harga murah.

Asri Hamat, 60, berkata, dia tertarik untuk membeli sebuah kereta Perodua Kancil dan Proton Iswara yang ditawarkan pada harga rendah iaitu RM4,000 oleh seorang pelanggan sebelum menyedari kenderaan tersebut mengalami masalah enjin.

“Selepas membuat bayaran, saya mendapati ia mengalami kerosakan enjin,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, dia kemudian membawa kereta itu ke bengkel dan terkejut apabila mekanik memberitahu kerosakan enjin tersebut akibat ditenggelami banjir.

Katanya, dia terkilan apabila pemilik kereta tidak memaklumkan mengenai perkara sebenar.

“Saya mengalami kerugian apabila kereta yang dibeli tidak dapat dijual dalam tempoh ter­tentu,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Azri Ahmad, 40, berkata, dia hampir tertipu dengan taktik syarikat jualan kenderaan terpakai apabila nyaris terbeli kereta Toyata Vios yang tenggelam banjir.

Menurutnya, dia yang membuat tinjauan harga kereta di beberapa buah pusat jualan kereta terpakai di ibu negara terkejut melihat keadaan bahagian dalam dan tali pinggang keledar kereta tersebut.

“Keadaan enjin kereta itu sangat bersih. Enjinnya juga dalam keadaan baik. Saya bernasib baik apabila membawa rakan seorang mekanik untuk membantu memeriksa kereta itu.

“Tiga buah kereta Toyota Vios yang kami lihat, mempunyai ke­san lumpur pada bahagian dalam tempat penarik tali pinggang keledar. Rakan saya memaklumkan ia kereta ‘banjir’, katanya.

Katanya, harga ditawarkan untuk Toyota Vios tahun 2017 dan 2018 itu adalah RM40,000 hingga RM43,000 jauh lebih murah berbanding harga semasa antara RM48,000 hingga RM50,000.

Seorang pemilik bengkel di Kampung Kota di sini, Mohd. Zeini Mat Isa, 55, menerima kira-kira 10 buah kenderaan pelanggan yang tenggelam semasa banjir yang melanda Kelantan pada hujung November tahun lalu.

“Upah yang dikenakan berpatutan antara RM300 hingga RM500 bagi membaiki kenderaan tenggelam banjir mengikut kerosakan dan harga alat ganti yang dibeli,” katanya ketika ditemui Kosmo! di bengkelnya di Kampung Kota di sini semalam.

Mohd. Zeini yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun membuka bengkel berkata, membaiki kereta yang rosak akibat tenggelami banjir mengambil masa sehingga seminggu untuk sebuah kenderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN