fbpx

EPL: Marmoush mula tunjuk impak hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARMOUSH membuktikan keputusan City membelinya adalah tepat apabila meledak tiga gol ke atas Newcastle. - AFP

MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada perlawanan itu, bintang baharu The Citizens, Omar Marmoush mempamerkan sentuhan berbisa apabila meledak hatrik dalam tempoh 13 minit, manakala satu lagi gol dijaringkan oleh pemain muda, James McAtee.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, beliau tidak terkejut dengan aksi ditampilkan Marmoush kerana sudah tahu kemampuan dimiliki pemain antarabangsa Mesir itu ketika mendapatkan khidmatnya daripada Eintracht Frankfurt.

“Memang kami sudah tahu (kemampuan Marmoush) kerana ketika beraksi di Jerman bersama Frankfurt, dia memiliki jumlah (gol) yang cukup banyak. Sentuhan penyudah itu memang sudah ada, cuma menunggu masa sesuai.

“Pada aksi Piala FA sebelum ini, dia memiliki banyak peluang tetapi tidak dapat jaringkan gol, jadi kali ini memang rezekinya. Saya harap dia mampu berdepan setiap pujian yang diberikan,” katanya.

Bagaimanapun, City terpaksa membayar harga cukup mahal untuk kemenangan itu apabila penyerang utama, Erling Haaland terpaksa dikeluarkan pada penghujung perlawanan selepas mengalami kecederaan lutut.

Walaupun tahap kecederaan itu masih belum disahkan, namun Guardiola bimbang kerana City berkemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat Haaland pada aksi timbal balik playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI