fbpx
ARSENAL memerlukan kemenangan untuk kembali memiliki kelebihan dan kedudukan yang lebih selesa menuju penghujung musim selaku peneraju EPL. - AFP

EPL: Arsenal hanya ada satu tujuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui skuad kendaliannya akan turun beraksi di Etihad menentang Manchester City malam ini dengan satu misi tanpa gagal iaitu meraih kemenangan.

The Gunners ketika ini memiliki kelebihan enam mata berbanding City yang kekurangan satu perlawanan menyebabkan hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang mereka menamatkan kemarau 22 tahun tanpa gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Berdasarkan rekod pertemuan, misi Arsenal itu dianggap sukar apabila mereka gagal meraih kemenangan di Etihad selepas kali terakhir melakukannya pada Januari 2015 dan memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk terus menyalakan impian mereka.

“Kami membuat persiapan untuk menang setiap kali turun beraksi dan itulah sebabnya kenapa kami berada di sini. Kami akan kekal melakukan apa yang kami sering lakukan.

“Kami layak untuk berada di landasan tepat, menjadi pencabar dan kemungkinan memenangi perlawanan walaupun terpaksa berdepan salah satu pasukan dan pengurus terbaik di EPL yang pernah kita lihat.

“Kami tidak sabar untuk turun beraksi dan tujuan kami hanyalah satu iaitu memenangi perlawanan. Ia adalah peluang yang sangat besar buat kami,” katanya.

Arteta mengakui kelebihan City yang masih kekurangan satu perlawanan menyebabkan Arsenal perlu menggunakan kesempatan kali ini untuk mematikan impian The Citizens untuk mencabar mereka.

“Pada peringkat ini, jika anda mampu memenangi perlawanan, ia seperti memenangi aksi separuh akhir pertama. Sekiranya kami mampu menang, bermakna kami semakin hampir (memenangi gelaran EPL). Apa yang jelas, kami perlu menang,” ujarnya.

“Arteta juga mengesahkan bahawa Arsenal bakal kehilangan khidmat Bukayo Saka pada aksi kali ini sambil mengharapkan Noni Madueke, Jurrien Timber, Martin Odegaard dan Riccardo Calafiori mampu untuk cergas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN