fbpx
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim (dua dari kanan) menyerahkan surat Tawaran Baek PTPTN kepada salah seorang pelajar di Melaka, hari ini.

Penerima Baek PTPTN dipertingkat kepada 10,000 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jumlah penerima inisiatif biasiswa/pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditingkatkan kepada 10,000 pelajar.

Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sejak Biasiswa Anak eKasih (Baek PTPTN) diperkenalkan pada tahun ini hingga 31 Mei lalu, seramai 402 pelajar seluruh negara menerima manfaat dengan peruntukan berjumlah RM8.79 juta.

“Terdahulu, sesi Penyerahan Baek PTPTN kepada pelajar di Johor telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Penyerahan Baek PTPTN akan diteruskan pada 15 Jun (hari ini) di Melaka melibatkan dua pelajar Universiti Teknologi Mara dan Politeknik Melaka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif Baek PTPTN itu selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035.

“Melalui pelaksanaan Baek PTPTN, pinjaman diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

“Turut terlibat, mereka yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di institusi pendidikan tinggi awam mulai 1 Januari lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan latar belakang sosioekonomi bukan penghalang kepada peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN