fbpx
Keadaan kenderaan yang dipandu seorang pelajar GMI yang maut dalam nahas di kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin, pagi tadi. - IHSAN POLIS

Penuntut GMI maut Proton Wira langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang penuntut German-Malaysia Institute (GMI) maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.38 pagi, mangsa Muhammad Aiman Mohd Nor, 25, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban ke Rembau seorang diri. Apabila sampai di lokasi kejadian iaitu lokasi berselekoh, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Azmi lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN