fbpx

Arsenal kembali dapat ‘kereta kebal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTENG pertahanan Arsenal mampu kembali ampuh dengan kepulangan Gabriel dan Calafiori menentang Monaco awal pagi esok. - ARSENAL FC

LONDON – Arsenal berpeluang menebus kekecewaan dengan menjamin slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menerusi kemenangan ke atas AS Monaco di Stadium Emirates awal pagi esok.

The Gunners yang masih kecewa sekadar seri 1-1 dengan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lalu, ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam fasa liga UCL selepas mengharungi lima perlawanan.

Monaco juga berpeluang merakam kejayaan sama memandangkan jaguh Perancis itu berada di tempat kelapan, namun mengutip 10 mata sama dengan Arsenal.

Bagaimanapun, The Gunners boleh menarik nafas lega apabila dikhabarkan kembali diperkuatkan dengan tiga tonggak pertahanan iaitu ‘kereta kebal’, Gabriel Magalhaes, Riccardo Calafiori dan Oleksandr Zinchenko.

Ketiga-tiga pertahanan itu terlepas aksi menentang Fulham yang menyebabkan Arsenal terlepas dua mata berharga sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk mengejar Liverpool di puncak EPL.

“Saya berharap mereka boleh diturunkan. Sekarang doktor dan fisio sedang berusaha untuk memastikan mereka boleh beraksi.

“Ketiadaan mereka menyebabkan kami kurang pilihan di barisan belakang. Mana-mana pemain yang diturunkan perlu berikan aksi terbaik menggalas tanggungjawab mereka,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Berdasarkan rekod, kelebihan dilihat seimbang walaupun Arsenal menang dua kali ke atas Monaco dan seri sekali daripada empat pertemuan antara kedua-dua pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI