KALAU nak simpulkan tahun 2024 untuk Datuk Nora Ariffin, memang banyak sungguh ujian yang dilaluinya.
Paling mengejutkan ramai pastinya momen ketika dia diceraikan suami dalam sebuah video sekitar Ogos lalu sebelum kembali rujuk tidak lama kemudian.
Namun, Diva ingatkan cerita rumah tangganya sudah berakhir, rupa-rupanya belum! Sekarang, dia dilihat seperti sedang ‘berperang’ dengan anak tirinya pula.
Terkejut juga Diva, iyalah tiba-tiba hendak bergaduh dan kedua-dua pihak saling melayangkan pelbagai jenis tuduhan.
Pening hendak faham semula cerita sebab tiba-tiba sahaja mereka saling berbalas kenyataan dalam media sosial.
Ada yang dakwa sebab Nora kerap tayang kebahagiaan dengan suami, Diva pun tak pasti sehingga pihak sebelah sana mengamuk.
Harapnya konflik mereka berakhir dengan baiklah ya. Tak mahulah saling berbalas-balas dalam media sosial hal keluarga, kurang manis orang kata. Sudah-sudahlah Nora nak menegakkan kebenaran, ingat apa kata Papa Zola, ‘kebenaran akan terbukti juga’ jangan nak terlalu mencuba okey. Ada baiknya pergi belajar agama.
DIVA: Ramai keluar panggung wayang dengan mata bengkak sebab menangis selepas tonton filem Babah.