fbpx
Program Brick-tacular Holidays dijangka mampu menarik kehadiran ramai pengunjung ke Legoland, Johor Bahru, Johor.

Dalami trik pemainan Lego sempena cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERCUTIAN merupakan salah satu cara untuk ibu bapa mencipta kenangan bersama anak-anak.

Di Malaysia, banyak tempat boleh kita bercuti bagi mencipta kenangan manis bersama insan tersayang.

Begitu juga dengan Nor Syairah Sulaiman, 34, yang memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarganya di Legoland Malaysia (Legoland), Johor Bahru, Johor.

Apa yang menarik, percutiannya itu juga bersempena program Brick-tacular Holidays yang diadakan di situ.

“Saya bertuah kerana kunjungan ke Legoland kali ini bersempena dengan program Brick-tacular Holidays.

“Banyak aktiviti yang diaturkan sepanjang program berlangsung yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman baharu di sini,” katanya.

Sempena percutian tersebut, pengunjung berpeluang mempelajari teknik dan kemahiran untuk menggunakan blok permainan Lego yang disediakan untuk para pengunjung.

Malah, pengunjung dapat bertemu dengan Master Model Builder pertama di Malaysia, Zariq Mohd. Ali.

Orang ramai boleh mempelajari teknik, trik dan meningkatkan kemahiran membina model dengan menggunakan blok permainan Lego ke peringkat seterusnya bersama Zariq.

Mengulas lanjut, Nor Syairah menjelaskan, melalui bengkel tersebut, dia dapat merasai pengalaman baharu mempelajari teknik untuk membina satu model dengan menggunakan blok permainan Lego.

“Melalui bengkel ini, bukan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa sendiri berpeluang mengetahui teknik dan trik yang betul menggunakan blok permainan Lego yang diajar oleh pakar.

“Di sini juga pengunjung berpeluang menyebarkan kegembiraan dengan menyertai bengkel ‘Build to Give’ dan membina Lego berbentuk hati sendiri.

SALAH satu aktiviti menarik yang dianjurkan sempena Brick-tacular Holidays.

“Setiap blok hati yang dibina dan dikongsi di media sosial dengan #BuildtoGive, pengunjung akan menderma satu set mainan kepada kanak-kanak yang memerlukan,” ujarnya.

Selain dapat mencuba pelbagai permainan sedia ada di Legoland, pengunjung juga boleh bersama dengan anak-anak membina kek cawan menggunakan blok permainan

Lego untuk digantung pada pokok Krismas di sana.

Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, mereka boleh menonjolkan kebolehan membina model tongkat gula-gula Lego dengan masa paling pantas.

Brick-tacular Holidays sedang berlangsung dan dijangka berakhir pada 5 Januari 2025.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain bakal dianjurkan sepanjang program yang berlangsung sempena musim cuti sekolah tersebut.

Menariknya, setiap aktiviti yang diatur pada program tersebut adalah untuk keseronokan pengunjung di setiap peringkat umur.

Dalam masa sama, Nor Syairah menjelaskan, pengunjung juga boleh menonton persembahan langsung yang memukau yang mana kanak-kanak dapat menari bersama.

“Persembahan itu menampilkan ‘Lego Santa’ bersama rakan-rakan menari di sekitar pentas utama.

“Anak-anak pasti menyukainya kerana mereka boleh turut serta bernyanyi dan menari bersama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN