fbpx
SUHARZI menunjukkan skru camber yang dipasang di bahagian tayar sebuah kereta di bengkel Naaz Tyre and Service di Kuala Lipis baru-baru ini.

Skru camber RM8 dijual beratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isu pelanggan ditipu mekanik atau pemilik bengkel ketika membuat penjajaran (alignment) di kedai tayar yang meminta mereka menukar skru camber yang dicaj pada harga mahal masih berlarutan hingga kini.

Ada sesetengah pelanggan dikenakan caj puluhan ringgit, malahan terdapat juga diminta membayar ratusan ringgit hanya ingin menukar skru tersebut.

Menurut seorang mekanik di Kuala Lipis, Pahang, Suharzi Mohamad, 41, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana harga skru camber sekitar RM8 seunit bergantung kepada model kereta dan saiz.

Dia yang bekerja di Naaz Tyre And Service memberitahu, skru berkenaan tidak perlu ditukar setiap kali pemilik kereta membuat penjajaran di kedai tayar.

“Walaupun begitu, jika pemilik kereta pernah buat lowered (kereta rendah), tayar kangkang (pengubahsuaian jajaran tayar kereta) atau kerap ‘main’ selekoh mereka akan tukar skru camber,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Suharzi yang bekerja sebagai mekanik sejak lima tahun lalu berkata, kebiasaannya kereta baharu berusia di bawah lima tahun dan tidak pernah diubah suai, pengguna tidak perlu menukar skru camber kerana barang asal dari kilang susah untuk mengalami kerosakan.

Katanya, sesetengah bengkel kereta menggunakan taktik meletakkan harga murah untuk tayar baharu bagi menarik ­pelanggan, namun mengenakan caj tersembunyi yang lain.

“Biasanya mereka letak harga murah pada tayar dan untuk mencari keuntungan, mereka mengenakan caj lain ­dengan mencadangkan pemilik kereta untuk menukar skru camber dan lain-lain.

Dalam pada itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang mekanik yang dikenali sebagai Rahim, 45, yang mempunyai bengkel ‘menimbang’ tayar secara tradisional berkata, dia tidak pernah mengambil kesempatan menipu pelanggan dengan alasan skru camber tidak boleh digunakan lagi.

Menurutnya, selagi skru camber itu boleh digunakan, dia tidak menggalakkan pelanggan menukarnya.

“Untuk caj ‘menimbang’ empat tayar, saya hanya kenakan bayaran RM30 dan kalau menukarkan skru camber saya caj RM15, itu pun dengan kebenaran pelanggan.

“Saya tidak akan tukar skru camber selagi belum mendapat persetujuan pelanggan.

“Ini kerana saya tetap menjaga pelanggan yang datang ke bengkel sejak arwah bapa saya masih ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN