fbpx
PENGINAPAN di hotel di kawasan peranginan terkenal di negara ini menjadi idaman semua orang.

‘Kami mahu duduk hotel 22 jam macam dahulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempoh menginap di hotel yang bermula dari pukul 2 petang hingga 12 tengah hari keesokan harinya seperti sebelum ini sudah cukup memuaskan hati pelanggan.

Rata-rata mereka berpendapat, jarak masa dua jam selepas pelanggan mendaftar keluar bilik satu tempoh munasabah untuk pekerja mengemas sebelum pe­langgan seterusnya masuk.

Seorang pelanggan, Atiqah Alias berkata, memang mustahil jika mahu pengguna mendapat penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari atas pelbagai sebab seperti kekurangan kakitangan dan sebagainya.

“Kalau cadangan menteri kata pihak hotel perlu beri pelanggan guna sekurang-kurangnya 23 jam sehari, nampak mustahil untuk bilik itu dikemaskan. Mungkin boleh, tapi tahap kekemasan
tidak capai 80 peratus ke atas.

“Bilik tidak kemas, pelanggan juga tidak selesa. Kalau 22 jam pun memadai. Secara purata, satu bilik hotel memerlukan tempoh kekemasan antara 30 hingga 45 minit. Maknanya dalam dua jam satu pekerja boleh kemas dua hingga tiga bilik,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Faizul Abas berkata, perkara itu biar realistik agar semua pihak berpuas hati.

“Kalau back to back tak sempat nak sediakan bilik,” katanya.

Sementara itu, Razif Yunus berkata, kebanyakan hotel di negara seberang juga meletakkan tempoh menginap antara pukul 2 petang hingga 12 tengah hari iaitu selama 22 jam.

“Saya tak setuju 23 jam, tapi memadai 22 jam paling ideal. Mana-mana hotel seperti Singapura, Indonesia, Thailand, saya tengok kebanyakan 2 petang hingga 12 tengah hari.

“Tetapi kalau masuk pukul 4 petang, keluar 10 pagi memang sangat melampau,” ujarnya.
Kakitangan swasta, Nurul Azizah Salmi, 23, pula bersedia membayar lebih asalkan mendapat faedah tambahan dari segi masa dan keselesaan untuk keluarganya semasa menginap.

“Saya setuju hotel mengenakan bayaran lebih jika mereka melaksanakan waktu penginapan 23 jam sehari kerana ia berbaloi dengan masa tambahan yang diperoleh,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pelanco­ngan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pengusaha hotel menyelara semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam.

Katanya, penginapan 23 jam adalah perkara biasa di luar negara dan tidak menjejaskan soal kebersihan atau kua­liti penginapan, malah pengguna juga berasakan wang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN