fbpx
Rata-rata ibu bapa mahu menggunakan bantuan RM500 kerajaan untuk keperluan dan persiapan Ramadan serta Aidilfitri. – GAMBAR HIASAN

RM500 buat ‘modal’ raya, anak masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Ibu bapa da­ripada golongan penjawat awam mengakui bantuan khas kewa­ngan RM500 yang akan diberi kerajaan pada Februari 2025 tahun depan dapat meringankan beban mereka untuk keperluan persekolahan dan Aidilfitri.

Penjawat awam, Ubaidullah Kamaruzzaman, 36, berkata, tarikh awal persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri yang rapat pada tahun depan sememangnya memerlukan kos per­belanjaan yang tinggi.

“Saya berasa lega Perdana Menteri umum ada bantuan khas untuk penjawat awam pada Februari ini kerana ia dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam,” ujar bapa tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun itu di sini semalam.

Noor Hanim Bohari, 41, pula berkata, pengumuman itu sememangnya dinantikan penjawat awam setiap kali menjelang pembentangan belanjawan.

Ibu lima anak berusia lima hingga 21 tahun itu berkata, per­belanjaan ketika Ramadan memang agak tinggi berbanding hari biasa terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak ramai.

“Saya dan suami sudah buat simpanan untuk persiapan hari raya dan persiapan persekolahan anak-anak sejak tahun ini. Jadi bonus itu nanti boleh guna untuk Ramadan pula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN