fbpx

[VIDEO] Air mata bapa iringi pengebumian Muhammad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. TUKIRIN tidak dapat menahan sebak pada pengebumian anaknya, Muhammad Akmal di Tanah Perkuburan Islam Parit Baru, Muar, Johor, hari ini.

MUAR – Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, yang maut dalam kemalangan di Terengganu malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Baru, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, jenazah pemuda itu tiba di rumah keluarganya di Kampung Parit Baru, Batu 18, di sini pada pukul 4.17 petang sebelum disolatkan dengan disertai oleh ahli keluarga dan kenalannya.

Lebih 150 orang hadir mengiringi pengebumian Muhammad Akmal termasuk bapanya, Md. Tukirin Saringat, 60, dan adik-beradiknya. Pengebumian selesai pada pukul 5.20 petang.

Md. Tukirin kelihatan sugul dan tidak dapat menahan sebak setiap kali dipeluk oleh ahli keluarganya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV.

Kemalangan itu berlaku berhampiran kampus universiti awam tersebut pada pukul 7.20 malam. Selain Muhammad Akmal, dua lagi mangsa yang terkorban ialah Khairil Anwar Jamaludin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi. Kedua-dua mereka berusia 20 tahun.

Mangsa yang parah pula ialah Amar Danish Mohd. Ridwan, 20. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI