fbpx

Nahas UiTM Dungun: Ammar Danish trauma dimaklumkan 3 sahabat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang dikatakan merempuh empat pelajar UiTM Dungun semalam.

DUNGUN – Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas rempuhan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V berhampiran kampus
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini malam tadi dilaporkan semakin stabil.

Pelajar tahun dua Sarjana Muda Perakaunan itu kini sedang menerima rawatan di wad Hospital Dungun di sini.

Rektor UiTM Dungun, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, Muhammad Ammar Danish tidak jadi dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebaliknya hanya menerima beberapa jahitan pada bahagian pinggang.

“Keadaannya (Muhammad Ammar Danish) semakin stabil dan sedang dirawat di wad Hospital Dungun.

“Begitupun dia masih trauma dengan nahas yang menimpa semalam,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sazili yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM memberitahu, pemuda berasal dari Keramat, Kuala Lumpur itu juga terkejut dan sangat bersedih apabila dimaklumkan tiga rakannya terkorban dalam nahas terbabit.

Kosmo! Online semalam tiga rakan Muhammad Danish iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, maut selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan Honda CR-V.

Sewaktu kemalangan pada pukul 7.20 malam itu, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus setelah menikmati makan malam di sebuah gerai berhampiran.

Pemandu SUV berkenaan merupakan wanita berusia 49 tahun yang dipercayai mengalami kecelaruan mental telah ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI