fbpx

MDEC buka permohonan untuk tiga geran utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MDEC bakal menganjurkan taklimat permohonan bagi ketiga-tiga geran tersebut bermula 11 September ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membuka permohonan untuk tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG) 2024/2025, Geran Pemangkin Digital Malaysia (MDCG) dan Geran Eksport Digital Malaysia (MDXG).

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, geran-geran tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan Madani untuk meningkatkan ekonomi digital Malaysia.

“DCG memainkan peranan penting sejak 2016 dalam menyokong syarikat kandungan kreatif Malaysia, membolehkan pembangunan, pengeluaran, dan pengkomersialan kandungan digital merentas pelbagai sektor, termasuk animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

“Geran ini terdiri daripada tiga jenis geran berbeza iaitu Geran Mini, Geran Perdana, dan Geran Pemasaran dan Pengkomersialan yang ditujukan kepada pelbagai pengeluaran kandungan digital.

“Selain itu, MDCG menawarkan sehingga RM1 juta atau 50 peratus daripada kos projek, yang mana lebih rendah, untuk memacu inovasi dalam sektor digital Malaysia. Ia fokus kepada memupuk penyelesaian berskala dan berimpak tinggi, serta menyokong projek dalam Sektor Digalakkan Digital Malaysia (MD) sehingga satu tahun.

“Sementara MDXG turut menawarkan sehingga RM1 juta atau 50 peratus daripada kos projek, bagi menyokong syarikat tempatan yang bersedia untuk pengembangan global melalui aktiviti teknologi bernilai tinggi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, MDCG dan MDXG tersedia secara eksklusif kepada syarikat tempatan atau milikan asing dengan status MD.

Katanya, syarikat-syarikat yang masih tidak mencapai status MD digalakkan untuk memohon, kerana pengiktirafan ini membuka pintu kepada pelbagai kelebihan strategik.

Selain itu, MDEC akan menganjurkan dua sesi taklimat untuk DCG pada 11 dan 24 September 2024, dan tiga sesi untuk MDCG dan MDXG pada 12 dan 18 September, serta 2 Oktober 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI