fbpx
Muhamad Saleh (kanan) bersama isteri dan anaknya melihat gambar kenangan Allahyarham Muhammad Hafiz.

Kami taknak susahkan Hafiz ‘di sana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Keluarga Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang dan akur dengan keputusan laporan penuh nahas pesawat di Elmina, Shah Alam yang dikeluarkan kelmarin.

Bapanya, Muhammad Salleh Othman, 58, berkata, mereka telah reda dengan kejadian itu biarpun masih terasa kehilangan Muhammad Hafiz, 32.

Katanya, mereka sekeluarga enggan menyaman mana-mana pihak atas alasan cara kematian arwah sudah ditentukan sebegitu.

“Arwah tidak pernah memberi masalah kepada keluarga takkan kita mahu menyusahkan dia yang telah me­ninggal dunia de­ngan saman menyaman.

“Ada peguam hubungi saya untuk membantu saman tetapi kami enggan,” katanya.

Muhammad Hafiz yang bekerja sebagai penghantar makanan maut apabila ditimpa pesawat tersebut ketika dia dalam perjalanan ke sebuah restoran di Bukit Jelutong bagi mengambil pesanan sup gearbox.

Sementara itu, adik arwah, Norhikmah, 27, berkata, mereka sekeluarga termasuk ibu, Jamilah Ismail, 54, menerima ketentuan Ilahi, namun sukar melupakan arwah.

“Setiap Jumaat bapa mesti ziarah pusara abang Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerung di sini. Kami juga membaca al-Quran dan berdoa untuk arwah,” katanya.

Ujar Norhikmah, kesedihan ibu bapanya sedikit terubat de­ngan kelahiran anak lelakinya 60 hari selepas kematian abangnya.

“Saya dan suami, memilih untuk terus tinggal di sini bagi membolehkan ibu dan ayah rapat de­ngan cucu mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN