fbpx
Tangkap layar video menunjukkan peserta berlumba-lumba menghabiskan soda dari mangkuk tandas. - Instagram

Minum soda dalam mangkuk tandas dapat wang hampir RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sebuah pusat beli-belah di Russia menerima kecaman orang ramai kerana mengadakan pertandingan menghabiskan air berkarbonat (soda) paling cepat di dalam mangkuk tandas dengan pemenang akan menerima wang AS$1,200 (RM4,909), lapor portal berita Inkorr. 

Pertandingan Game of Thrones itu diadakan di bandar Stavropol, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @wildemation.news menunjukkan peserta berpusu-pusu menghabiskan soda yang diletakkan di dalam mangkuk tandas. 

Seorang wartawan tempatan, Alexander Nevzorov berkata, klip video berkenaan menunjukkan orang ramai sanggup melakukan apa sahaja demi wang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN