PUTRAJAYA – UMNO belum lagi memuktamadkan senarai jemputan bagi pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) bermula 21 Ogos ini.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun, jemputan kepada pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan itu telah dibincangkan.
“Tahun lalu, memang kita jemput pemimpin-pemimpin Kerajaan Perpaduan.
“Kita akan lihat kelapangan pemimpin-pemimpin berkenaan untuk menghadiri PAU kita kali ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Simposium Luar Bandar Malaysia di sini, hari ini.
PAU 2024 akan bermula dari 21 hingga 24 Ogos ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
PAU 2023 tahun lalu mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR. – KOSMO! ONLINE