fbpx
Kampung Batu 4, Trolak.

Lokasi beg Nur Farah Kartini dibuang sunyi, jarang dilalui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Lokasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampung Batu 4, Trolak di sini merupakan kawasan sunyi.

Kampung yang terletak 2.5 kilometer dari Plaza Tol Slim River mempunyai 20 buah rumah dan didiami 100 penduduk. Namun banyak rumah tersebut yang tidak berpenghuni.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kawasan itu mula menjadi tumpuan sejak dua hari lalu ekoran kehadiran pihak berkuasa bagi mencari barangan milik mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Sungai Trolak menjadi tumpuan selepas pasukan polis menemui beg tangan mangsa pada Rabu lalu.

Cerita penduduk itu, kawasan berhampiran sungai tersebut juga jarang dilalui oleh orang kampung

“Ada ladang sawit dan dusun durian di kawasan ini. Sungai pula terletak jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Tinjauan mendapati laluan menuju ke sungai tersebut agak sempit dan lengang.

Operasi mencari barangan milik ­mangsa iaitu kad bank, pengecas telefon dan alat solek pada hari kedua semalam ditangguhkan ekoran kenaikan paras air Sungai Trolak.

Tinjauan mendapati kedalaman air sungai tersebut mencecah tiga meter, berbanding paras biasa satu meter ekoran cuaca hujan.

Keadaan air yang keruh, dasar sungai berbatu dan kayu besar serta tajam turut menjadi antara faktor operasi pencarian bara­ngan mangsa ditangguhkan.K

Kelmarin anggota polis menjumpai beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini yang tersangkut pada dahan pokok kira-kira 270 meter dari jambatan yang merupakan lokasi penca­rian bermula.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN