fbpx
Coffee Cup Art Wall merupakan salah satu lokasi menarik untuk bergambar ketika di CCF, Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Selami ‘dunia’ kopi di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AROMA kopi yang kuat dan menyegarkan ‘menyambut’ kedatangan pengunjung sebaik masuk ke Coffee and Friends Festival (CFF).

Secara keseluruhan, terdapat lebih 50 gerai meliputi penjualan kopi, makanan serta barangan jenama tempatan serta luar negara di CCF.

Kemeriahan festival bertemakan kopi tersebut sedang berlangsung di pusat beli-belah, Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan dijangka berakhir pada 23 Jun ini.

Menurut pengarah festival, Dennis Wong, selain membeli-belah, pengunjung juga dapat menyertai aktiviti seni bersifat terapeutik.

“Selain 50 gerai jualan, terdapat juga 15 bengkel yang menyediakan aktiviti, pertandingan dan hadiah misteri untuk peserta terlibat.

“Paling menarik, kepelbagaian bengkel tersebut sesuai untuk semua peserta daripada pelbagai latar belakang usia,” katanya kepada Horizon.

Antara aktiviti yang disediakan adalah coffee art painting, coffee cupping workshop, coffee painting workshop, coffee art workshop dan Berrylicious cookies workshop.

Selain itu, para pengunjung diberikan satu kad misi oleh penyambut tetamu untuk diselesaikan sepanjang kunjungan mereka.

Pada kad tersebut, terdapat 10 ruang kosong yang perlu dicop oleh pengunjung bagi menebus cabutan bertuah sebaik sahaja tamat kunjungan mereka.

Bagi kategori pertandingan pula, pengunjung boleh menyertai cabaran asas espresso 2024, art battle, coffee art design dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati kopi sambil menonton persembahan muzik secara langsung dan deejay (DJ) yang diadakan mengikut jadual tertentu.

Persembahan secara langsung tersebut menampilkan duo dinamik, Coen dan Ryan; Music Today serta artis solo, DJ Adel Q.

Pengunjung berpeluang mencuba sendiri seni pembuatan minuman latte.

Tambah Dennis, pengunjung berpeluang untuk menghayati seni di pelbagai pameran yang turut diadakan bersama festival tersebut.

“Kami turut menyediakan ruang pameran yang menempatkan koleksi komik Antoni dan lukisan mural oleh Malaysia’s Sky Studio.

“Selain itu, pengunjung berpeluang untuk melihat lukisan daripada anak-anak istimewa yang disediakan oleh Amazing Minds,” ujarnya.

Uniknya, pada pameran Amazing Minds, pengunjung boleh bersama-sama meraikan hari graduasi anak-anak istimewa terlibat pada hari terakhir festival nanti.

Mereka juga boleh menyertai bengkel bahasa isyarat dan membeli lukisan sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak tersebut.

Salah seorang pengunjung, Fazleen Safina berkongsi keseronokannya menyertai festival yang julung kali diadakan di Bukit Bintang itu.

Katanya, pengalaman mencuba latte art workshop bersama pakar kopi memberikannya perspektif berbeza berkenaan minuman itu.

“Selalunya, saya akan beli kopi tanpa memikirkan kehalusan seni penghasilannya sehingga tercipta rasa yang tepat.

“Kini, saya lebih memahami bahawa bukan mudah untuk menghasilkan kopi yang sesuai dengan cita rasa individu berbeza,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN