fbpx

Kapal Filipina, China berlanggar di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL Pengawal Pantai China mengawasi nelayan Filipina di kawasan perairan bertindih Laut China Selatan pada 16 Mei lalu. – AFP

BEIJING  –  Sebuah kapal Filipina dan kapal China bertembung berhampiran Kepulauan Spratly di perairan tuntutan bertindih, Laut China Selatan hari ini, kata Pengawal Pantai Beijing.

“Kapal penghantar bekalan Filipina tidak mengendahkan amaran berulang kali oleh pihak China,” kata Pengawal Pantai Beijing dalam satu kenyataan.

“Kapal Filipina kemudian mendekati kapal China dengan cara tidak profesional, mengakibatkan berlaku rempuhan.

Beijing menuduh kapal itu menceroboh perairan berhampiran Terumbu Ren’ai di ‘Kepulauan Nansha milik China’,” tambah kenyataan sama.

Beijing menamakan Kepulauan Spratly sebagai Kepulauan Nansha.

“Pengawal Pantai China terpaksa mengambil langkah kawalan terhadap kapal Filipina mengikut undang-undang,”  tambahnya.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan sekali gus mengetepikan tuntutan bertindih oleh sebilangan negara Asia Tenggara termasuk Filipina walaupun tribunal antarabangsa memutuskan bahawa kes Beijing tiada asas undang-undang.

China mengerahkan sebilangan kapal Pengawal Pantai dan bot lain untuk meronda perairan Laut China Selatan serta mengubah beberapa terumbu karang dan  beting pasir menjadi pulau buatan manusia.

Kapal China dan Filipina pula terlibat dalam beberapa konfrontasi di perairan Laut China Selatan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI