fbpx

Akrab diminta bantu perjelas dasar kerajaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Himpunan Aspirasi Madani Akrab sebagai Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam di PICC, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, mahu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) membantu dalam menjelaskan segala dasar kerajaan dan menjadi benteng persepsi negatif rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kumpulan itu yang kini mempunyai keahlian seramai 22,379 orang boleh menjadi teladan kepada nilai-nilai positif tata kelola yang baik, membetulkan perspektif pegawai awam serta menjadi sumber maklumat tepat bagi menyokong hasrat Malaysia Madani.

Beliau berkata, hal ini termasuk membetulkan persepsi awam yang mendakwa kerajaan perpaduan hari ini turut membuat campur tangan di mahkamah dan pendakwaan yang mungkin diamalkan kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Jadi Akrab harus jelaskan dasar kerajaan, kita biasa kadang-kadang mungkin dulu ada campur tangan mahkamah, dalam pendakwaan, dia ingat kita ambil alih (kerajaan) pun begitu juga.

“Kamu dulu dengan pimpinan kamu begitu (campur tangan) tidak bermakna kita juga begitu. Tetapi saya tak boleh tolak ansur. Saudara tahu nak naik gaji penjawat awam lelah kita, bagaimana nak cari wang dan mahu pertahan keyakinan, semua difikirkan.

“Tetapi orang yang kaut keuntugan berbilion-bilion senang-senang dimaafkan, ada yang jumpa cium tangan lagi,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi Madani Akrab di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI