fbpx

Ragam fesyen selebriti ‘laung’ solidariti Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model terkenal, Bella Hadid yang berdarah keturunan Palestin menggayakan dres daripada keffiyeh berwarna merah dan putih di Festival Filem Cannes, Perancis baru-baru ini. Bella juga menggayakan baju T tema Palestin pada pakaian hariannya.

MODEL kelahiran Palestin, Bella Hadid merupakan antara selebriti dunia yang cukup lantang menunjukkan sokongannya terhadap Palestin.

Ketika Israel terus-terusan melakukan keganasan terhadap Gaza, model jelita itu terus meningkatkan kesedaran umum tentang perjuangan membebaskan Palestin.

Hadid yang baru-baru ini hadir di Festival Filem Cannes di Perancis, mencuri tumpuan apabila menggayakan sehelai dres keffiyeh dalam rona merah dan putih.

Kongsi Hadid, Palestin sentiasa berada dalam fikiran, darah dan juga hatinya.

“Palestin sentiasa dalam ingatan saya. Ketika kekejaman ini terus berlaku, saya bagaimanapun masih perlu tetap bekerja dan apabila saya dapat memakai pakaian yang melambangkan budaya saya, saya mahu dunia untuk terus melihat Palestin, walau di mana sahaja kita berada,” katanya.

Dres berwarna putih dan merah yang digayakan Hadid itu dihasilkan oleh pereka fesyen Michael dan Hushi.

Kongsi Hadid, ia merupakan satu cara untuk melambangkan sejarah, kasih-sayang, ketahanan dan seni sulaman Palestin.

Hadid juga memperincikan bahawa keffiyeh Palestin melambangkan beberapa tema berbeza.

Sebagai contoh, motif daun pokok zaitun melambangkan kekuatan penduduknya.

“Sebahagian besar daripada rekaan keffiyeh melambangkan jala ikan dan hubung kaitnya dengan nelayan Palestin dan laut.

“Bagi kebanyakan daripada kami, laut itu melambangkan kebebasan, terutama bagi penduduk yang tinggal di Tebing Barat dan tidak mempunyai akses terhadap laut,” katanya.

Keffiyeh merupakan sehelai selendang yang biasanya dihasilkan daripada kain kapas dan dahulunya digunakan sebagai aksesori kepala orang lelaki.

Ia menjadi simbol perjuangan penting bagi penduduk Palestin.

Kini, keffiyeh tidak hanya terhad dipakai di kepala, bahkan ia juga boleh digayakan dengan melilitnya di leher atau pun diletakkan di bahu.

Selain penggayaan keffiyeh, selebriti dunia turut mengambil peluang menterjemah sokongan terhadap Palestin menerusi pakaian dan penggayaan aksesori.

Aktres popular Cate Blanchette terdahulu mencetus fenomena di karpet merah Cannes dengan memakai gaun bertema Palestin.

Pascale menggayakan gaun hitam berperkataan Palestin dalam bahasa Arab.

Selain itu, pelakon Britain, Pascale Kann di festival filem sama turut menggayakan gaun hitam dengan perkataan Palestin ditulis dalam bahasa Arab, manakala pelakon kelahiran Itali, Jasmine Trinca pula menunjukkan sokongannya kepada Palestin dalam acara sama dengan menggayakan kerongsang bendera negara itu yang diletakkan pada bahu kirinya.

Trinca memakai kerongsang bendera Palestin.

Di arena seni tempatan pula, penampilan penyanyi, Yunalis Mat Zarai atau Yuna yang menggayakan keffiyeh turut mencuri perhatian.

YUNA menggayakan sehelai tudung bermotif keffiyeh.

Yuna dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan pendiriannya menentang kekejaman Zionis dengan hanya menggayakan rekaan daripada pereka yang menyokong Palestin.

“Seperti ramai tahu, saya telah memutuskan hanya melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan atau mana-mana individu yang bercakap mengenai Palestin ketika ini,” katanya yang menggayakan sehelai tudung motif keffiyeh rekaan pereka Palestin-Korea Selatan, Sarah Musany.

Keffiyeh berwarna hijau zaitun dan putih itu dililit Yuna di atas kepalanya, dan digayakan bersama sehelai tudung polos berwarna hitam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI