fbpx

Bekalan bantuan tiba di lokasi tanah runtuh Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR semalam menunjukkan penduduk menggali runtuhan tanah di wilayah Enga. - Foto AFP

PORT MORESBY – Bekalan makanan dan ubat-ubatan mula tiba di lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa beribu-ribu orang di Papua New Guinea hari ini.

Pihak berkuasa menganggarkan seramai 2,000 orang tertimbus di bawah tanah runtuh besar yang melanda penempatan tanah tinggi di wilayah Enga pada awal pagi Jumaat lalu.

Hanya enam mayat setakat ini telah ditarik keluar dari runtuhan tanah selepas berhari-hari orang ramai dan pihak berkuasa menggali menggunakan peralatan sementara.

Pemimpin masyarakat setempat, Miok Michael memberitahu AFP bahawa 19 daripada ahli keluarga dan saudara-maranya hilang dan dikhuatiri maut.

“Sokongan bantuan dan sumbangan perlahan-lahan sampai ke lokasi yang terjejas.  

“Namun, mangsa yang kehilangan tempat tinggal masih menangis dan meminta pertolongan. Tiada rumah yang sesuai untuk mereka tidur, semua rumah mereka tertimbus,” katanya.

Sementara itu, pekerja-pekerja bantuan turut mendapati kanak-kanak di lokasi tersebut enggan bercakap kerana terkejut dengan apa yang dilihat mereka dalam kejadian itu.

Kumpulan bantuan bimbang kanak-kanak akan menanggung beban malapetaka dengan menganggarkan 40 peratus penduduk di kawasan tersebut berumur bawah 16 tahun. 

“Kami difahamkan bahawa disebabkan apa yang mereka lihat dan alami, ramai kanak-kanak telah berhenti bercakap,” kata Justine McMahon daripada pertubuhan kebajikan CARE Papua New Guinea. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI