fbpx

21 orang terkorban dalam serangan Israel ke Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak mencari serpihan barangan selepas serangan askar Israel di kem pelarian di Rafah kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Rafah, lapor berita Middle East Eye semalam.

Beberapa pegawai Palestin berkata, tentera Israel menyerang kelompok  khemah pelarian  yang berada di barat bandar Rafah.

Serangan semalam berlaku di kawasan Al-Mawasi berhampiran Rafah yang  ditetapkan sebagai zon kemanusiaan oleh tentera Rejim Zionis sendiri.

 Sekurang-kurangnya 12 pelarian Palestin  yang terbunuh ialah wanita. Penduduk di kawasan itu sebelum ini berpindah dari lokasi lain di Gaza.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh menyifatkan serangan terbaharu tersebut sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Beliau menggesa pelaksanaan keputusan Mahkmaha Keadilan Antarabangsa (ICC) minggu lalu supaya Israel menghentikan serangannya ke atas Rafah.

Serangan Israel ke atas Rafah dikecam secara meluas selepas pengeboman Ahad lalu  ke atas sebuah kem pelarian di Rafah yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin, kebanyakan mereka  wanita dan kanak-kanak.

Perluasan konflik di kawasan itu juga berisiko mencetuskan ketegangan antara Israel dan Mesir  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI