fbpx

Maut selepas 11 hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah akibat kecederaan parah ekoran terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan kira-kira pukul 1.15 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan  motosikal yang ditunggang mangsa berusia 18 tahun.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu MPV iaitu lelaki berumur 44 tahun dari arah Kuala Pilah menuju ke Simpang Pertang, sebaik tiba dilokasi telah memperlahankan kenderaan.

“Dalam pada masa datang penunggang motosikal telah melanggar dari arah belakang, sebelah kiri MPV terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, penunggang motosikal bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN kira-kira pukul 8.20 malam semalam.

Menurutnya, siasatan kes masih diteruskan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil supaya menghubungi Inspektor Mohd Amirul Syafiq Bin Mohd Yusof, Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Dan PenguatkuasaanTrafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI