fbpx

Kementerian Komunikasi carum Perkeso untuk pengamal media sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

KUCHING- Kementerian Komunikasi akan membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 565 pengamal media sambilan yang bertugas bagi tempoh satu tahun.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, caruman tersebut akan disalurkan kepada pengamal media sambilan terlibat melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“Ini bermaksud, untuk tahun pertama caruman, ia ditanggung sepenuhnya oleh kementerian.

“(Ketika ini) data Jabatan Penerangan Malaysia menunjukkan 538 daripadanya (pengamal media sambilan) tiada caruman Perkeso, namun layak didaftarkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di sini tadi.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI