fbpx

Bayar untuk biskut atau plastik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Nik Nazmi mengenai sesetengah jenama biskut menggunakan plastik yang banyak.

PETALING JAYA – Sesetengah jenama biskut menggunakan plastik yang banyak untuk pembungkusan sama ada di luar dan dalam, sekali gus pengguna perlu bijak memilih bagi memastikan kesannya kepada persekitaran jika ia dibuang merata-rata.

Menerusi video dimuat naik oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau berkongsi kesedaran kepada orang ramai mengenai penggunaan plastik yang banyak oleh sesetengah jenama biskut dijual di pasaran.

“Kita selalu marah kat plastik macam ni (sambil tunjuk beg plastik), tapi kita sedar tak bila kita makan sesetengah jenama biskut, kita sebenarnya banyak membayar (harga) untuk plastik.

“Kita beri satu contoh, ini biskut jenama X dan kalau tengok biskut ni, kita buka penuh dengan plastik, plastik dan ni pun plastik. Kita beli kat luar dapat plastik, lagi duduk dalam plastik dan bekas plastik.

“Biskut yang kita dapat sebenarnya banyak ni saja (sambil tunjuk biskut yang telah dibuka). Yang banyak itu ialah plastik,” katanya pada hantaran di media sosial beliau hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memberi saranan dan nasihat kepada pengguna sekiranya mahu membeli biskut dengan melihat kepada kaedah pembungkusan.

“Apa kata bila nak makan biskut, cari biskut tak banyak plastik. Ada biskut timbang, ada yang boleh masukkan dalam tin (di rumah) dan tak banyak ‘beranak’ beg plastik macam kita tengok hari ini.

“Itu pandangan saya dan pesanan kepada semua, kurangkan pemakanan yang datang dengan pembungkusan yang sebenarnya tak perlu. Kita bukan tak perlu pembungkusan, kalau dah macam ni, kita tahu tak perlu,” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya biskut tersebut mahu dibawa sebagai bekalan di tempat kerja, boleh diletakkan dalam bekas kedap udara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI