fbpx
Afzar Zakariya pada sidang akhbar selepas Program Lawatan Tapak Bersama Media Meninjau Projek KVDT2, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/KOSMO!

Gangguan KTM Komuter akibat faktor naik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap pengguna KTM Komuter dapat bersabar sepanjang pelaksanaan Projek Kereta Api Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) yang ketika ini menyebabkan pengurangan beberapa perkhidmatan tren.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Afzar Zakariya berkata, sepanjang tempoh projek berlangsung, KTMB hanya menggunakan satu landasan operasi bermula pukul 5.30 pagi hingga 9.30 malam yang dikongsi oleh tiga perkhidmatan utama iaitu KTM Komuter, ETS dan kargo.

“KTMB sebelum ini mengendalikan lebih kurang 260 perkhidmatan komuter sehari, namun atas faktor naik taraf ini, perkhidmatan terpaksa dikurangkan. Kita memberi fokus kepada penumpang yang bekerja di Kuala Lumpur terutama waktu pagi dan petang,” katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Media ke Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2), hari ini.

Beliau berkata, KTMB turut melaksanakan ‘total line block’ bermula pukul 9.30 malam hingga 5.30 pagi bagi membolehkan kontraktor menjalankan kerja naik taraf secara menyeluruh.

Selain itu katanya, pengurangan perkhidmatan turut dilakukan antara pukul 10 pagi hingga 4 petang bagi memberi laluan kepada operasi ETS dan tren kargo.

“Kami berharap semua pengguna dan orang ramai dapat memahami keadaan semasa dan bersabar seketika kerana projek ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN