fbpx

Lah Ahmad kongsi perbualan terakhir dengan Nabil Zamanhuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAH Ahmad tidak menyangka perbualan menerusi WhatApps semalam menjadi perbualan terakhir bersama Allahyarham Nabil Zamanhuri.

PETALING JAYA – Penyanyi Lah Ahmad tidak menyangka kiriman mesej Allahyarham Nabil Zamanhuri pada Jumaat lalu menjadi perbualan terakhir antara mereka.

Lah atau nama lengkapnya Abdullah Ahmad, 43, berkongsikan tangkap layar perbualan antara mereka dalam Instagram.

Katanya, dia tidak menyangka perbualan itu akan menjadi kenangan terakhir yang akan dikenang olehnya.

“Tidak sangka semalam itu mesej kau yang terakhir dekat abang. Selalu dalam ingatan” jelasnya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Kenapa itu turut mengatakan Allahyarham sebagai seorang yang murah dengan senyuman.

“Seorang sahabat yang sentiasa mengukir senyuman dalam apa jua keadaan sekali pun. Salam takziah buat sekeluarga,” katanya.

Dalam tangkap layar itu menunjukkan Allahyarham teruja berpeluang bekerjasama dengan Lah.

“Antara sesi rakaman paling best dan paling banyak belajar daripada abang Lah masa ini,” ujar Nabil.

Allahyarham Nabil menghembuskan nafas terakhir pada hari ini di Hospital Ampang, Selangor.

Difahamkan jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor.

Untuk rekod, Nabil pernah menyandang gelaran naib juara dalam program nyanyian Mentor musim pertama pada 2005.

Antara yabg meninggal seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua anak perempuan itu turut dikenali menerusi lagu Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI