fbpx

13 gadis pelayan, 4 pengurus pusat hiburan KL dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang diperiksa ketika serbuan dijalankan awal pagi tadi. - IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 13 wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di empat pusat hiburan di sekitar Jalan Raja Chulan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dilaksanakan pada pukul 1.30 hingga 2.15 pagi.

Katanya, seramai 17 individu termasuk empat pengurus premis tempatan bersuai 26 hingga 60 tahun ditahan hasil serbuan yang dijalankan itu.

“Seramai 87 individu diperiksa terdiri daripada empat pengurus premis, 37 pengunjung dan 33 pekerja.

“Turut ditahan 13 warga asing berusia 19 hingga 45 tahun yang disyaki menyalahgunakan dokumen perjalanan bagi tujuan bekerja sebagai GRO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya merampas peralatan muzik iaitu tiga unit monitor, microphone receiver (2), mikrofon (4), pengadun audio (1), audio digital (2), pembesar suara (3) dan penguat (4).

Mereka akan direman hari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI