fbpx

[VIDEO] Ini baru ‘influencer’ nombor satu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layer video TikTok hasil kolaborasi KHairul Aming dan Sofyank mengenai Palestin yang berjaya meraih hampir 1.2 juta tanda suka.

PETALING JAYA – Usaha kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan Sofyank menghasilkan satu video infografik menceritakan keadaan sebenar di Rafah dan Jabalia dekat Palestin ketika ini menerima pujian dalam kalangan pengguna media sosial.

Video yang dikongsikan secara meluas di pelbagai laman media sosial turut menerangkan secara terperinci sejarah kekejaman Israel terhadap Palestin bermula daripada peristiwa Nakba pada 1948.

Hasil suntingan video serta kesan visual (VFX) sentuhan Sofyank, berjaya menyampaikan penderitaan rakyat Gaza dengan jelas, di samping menekankan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah satu genosid dan bukanlah peperangan semata-mata.

Kini, video tersebut telah menerima hampir 1.2 juta tanda suka dan 15,600 komen di laman TikTok.

Dalam bahagian ketiga video berkenaan, Khairul Aming turut menjelaskan tahap kemusnahan yang terjadi di bumi Gaza akibat dibedil Israel sepanjang tempoh tujuh bulan.

“Menerusi data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin, dilaporkan lebih 35,173 nyawa telah syahid dan hampir separuh daripada angka tersebut terdiri daripada kanak-kanak.

“Dilaporkan juga, hampir 79,061 orang telah cedera dan lebih 10,000 orang masih hilang. Kita perlu ingat, angka ini melibatkan individu yang mereka berjaya kesan.

“Angka sebenar adalah lebih tinggi dan makin bertambah hari demi hari,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai memberikan pujian kepada ekdua-dua pempengaruh di atas penghasilan video berkualiti tinggi tentang keadaan di bumi Palestin.

Malah, beberapa orang pengguna juga turut meminta agar video tersebut disertakan dengan sari kata Bahasa Inggeris.

“Terima kasih atas perkongsian ini, barulah saya lebih faham dan jelas mengenai apa yang berlaku di Palestin. Mudah untuk saya terangkan kepada anak-anak,” kata @AlfredOng WaterDaddy.

“Hebat, baru satu jam, video sudah terima lebih dari satu juta tanda suka. Semoga lebih ramai sedar dan sudi kongsikan info mengenai Palestin,” kata @Manisssss.

“Inilah baru betul influencer (pempengaruh) nombor satu Malaysia!,” kata @KamalE. – KOSMO! ONLINE

@khairulaming Semoga kemerdekaan milik 🍉🤲. Ini kolaborasi pertama KA dengan @Sofyank96 ♬ original sound – Khairulaming

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI