fbpx

Tanggungjawab anak muda tolak fahaman perkauman sempit – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (dua dari kiri) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan) pada Majlis Sambutan HBN 2024 di Banda Hilir, Melaka, hari ini.

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah menjadi tanggungjawab anak muda dan golongan belia untuk menolak fahaman perkauman sempit serta agama jumud yang hanya melemahkan negara.

Katanya, setiap penilaian terhadap undang-undang mestilah dibuat berdasarkan ilmu dan maklumat yang cukup agar generasi itu dikenali kerana idealisme dibawa termasuklah dalam memusuhi rasuah.

“Syaratnya kita ingat kita punyai tanggungjawab, mesti timba ilmu, mesti pastikan kita ada maklumat yang cukup. Anak muda itu dikenali bukan kerana suaranya tetapi cita-cita murni dan idealisme benci pada penyelewengan rasuah dan keangkuhan.

“Kita mesti menolak fahaman perkauman sempit, agama yang jumud yang melemahkah kita. Ini tanggungajawab anak muda, dalam apa-apa keputusan kita lakukan, kita nilai berdasarkan ilmu,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negeri (HBN) 2024 di Banda Hilir, hari ini.

Mengulas lanjut beliau turut memberikan contoh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel diumumkan baru-baru ini yang bertujuan untuk tidak memberi manfaat kepada golongan kaya dan seramai 30.8 juta warga asing.

“Anak-anak muda kena faham, kita perlu terlibat secara langsung, kita kecualikan nelayan, buruh, pemandu teksi kenapa? Kita tidak mahu subsidi puluh bilion itu dimanfaatkan orang-orang kaya dan 30.8 juta warga asing yang tidak membayar cukai,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi melaksanakan pembangunan belia pada tahun ini.

Terdahulu, program HBN tahun ini digiatkan dengan 3,107 aktiviti melibatkan seramai 2.5 juta peserta di seluruh negara.

Antara aktiviti dijalankan adalah seperti Bacaan Ikrar Belia Malaysia pada 15 Mei lalu, Semarak HBN, Konvensyen Belia Integriti Nasional, khutbah jumaat semua negeri serta sambutan HBN di negeri-negeri dan kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI