fbpx

Faisal Halim perlukan privasi untuk jalani pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Selangor FC mengesahkan Faisal Halim sudah pun keluar daripada hospital dan memohon semua pihak dapat memberikan ruang kepada pemain itu untuk menjalani proses pemulihan.

Ketika ini, Faisal akan mengharungi fasa baharu dimana pemulihannya lebih menjurus kepada aspek mental dan akan menjalani fisioterapi bagi menguatkan semula fizikalnya sebelum dibenarkan kembali beraksi.

“Pihak kelab dengan penuh kesyukuran ingin memaklumkan bahawa Faisal Halim telah keluar dari hospital setelah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan luka lecuran tahap empat kesan daripada simbahan asid tempoh hari.

“Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal Halim daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan mejangkaui jangkaan semua pihak.

“Faisal Halim kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan beliau. Pihak kelab dan keluarga Faisal Halim memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang dan privasi untuk beliau melalui proses pemulihan ini dengan sebaiknya,” kata Selangor FC menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata Faisa atau lebih dikenali sebagai Mickey memerlukan temoh tiga hingga enam bulan sebelum boleh kembali bermain bola sepak.

Dalam masa sama, Selangor FC juga mengucapkan penghargaan kepada pemimpin negeri dan negara, badan-badan kerajaan dan swasta, komuniti bola sepk tempat, antarabangsa serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan dorongan kepada Faisal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI