fbpx

Tiga pemain bola kebangsaan diserang: Polis masih siasat motif, kaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akhyar Rashid (kiri), Faisal Halim (tengah) dan kenderaan Safiq Rahim (kanan) diserang pihak tidak bertanggungjawab sehingga berlaku kerugian dan kecederaan anggota badan.

KUALA LUMPUR – Polis masih menyiasat motif serta belum mendapatkan kaitan antara insiden serangan tiga pemain bola sepak kebangsaan, baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut beliau, polis perlu mengenal pasti motif di sebalik kejadian sebelum pihaknya boleh menyatakan sama ada ia berkaitan atau tidak.

“Motif, kita belum sampai lagi pada motif itu. Kalau kita dapat motif, kita mungkin boleh cakap adakah (kes) ini dirancang dijadikan satu jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes simbah asid pemain Selangor FC, Faisal Halim, Razarudin memaklumkan sebanyak 23 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Tambahnya, tiada individu tampil bagi membantu siasatan selepas lakaran wajah atau fotofit suspek diedarkan kepada umum.

“Selepas fotofit diedarkan tiada maklumat daripada orang awam. Kita memohon mana-mana pihak mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya.

2 Mei lalu, dua perompak menyerang pemain sayap Terengganu FC Akhyar Rashid selepas pulang dari latihan.

Tiga hari kemudian, pemain sayap Selangor FC Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, menyebabkan dirinya melecur tahap empat dan memerlukan pembedahan.

Dijangka Faisal perlu mengambil masa tiga hingga enam bulan sebelum dia boleh kembali beraksi.

7 Mei lalu pula, cermin kereta pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim telah dipecahkan ketika dia pulang dari latihan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI