fbpx

CCTV, lampu limpah akan dipasang di balai polis terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Ulu Tiram.

KUALA LUMPUR – Pemasangan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan menambah baik pencahayaan di balai polis antara keperluan dibincangkan susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, 10 Mei lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan sudut keanggotaan selain keadaan infrastruktur dan kemudahan yang ada di balai-balai berkenaan.

“Kita memperingatkan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi meningkatkan kesiapsiagaan, untuk balai terpencil kadang-kadang yang bertugas pada satu masa dua orang jadi kita arahkan untuk tutup pagar pada pukul 9 malam, dan orang awam diperiksa sebelum masuk.

“Semalam, kita telah adakan mesyuarat untuk menentukan kesiapsiagaan anggota dan juga apa yang perlu dari segi logistik seperti CCTV dan lampu yang tidak terang, insya-Allah penekanan yang lebih meliputi aspek-aspek berkaitan akan diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, di sini hari ini.

Kata Razarudin, setiap anggota turut diingatkan tidak membuat tugasan dengan sambil lewa yang mana bakal menjurus ancaman nyawa rakan sepasukan terutama berkait keselamatan.

“Saya pada perhimpunan pagi tadi menegaskan, kalau anggota buat tugasan lebih kurang itu (membawa) ancaman kepada nyawa juga, memang kita ambil berat perkara ini.

“Selalu kita cakap pasal rumah, sekarang kita sebut keselamatan, kesihatan, dan kebajikan. Ini perlu ambil berat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI