fbpx

Subsidi bersasar bahan api: KPDN perketat penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (dua kanan) bersama seorang wakil syarikat pengangkutan yang menerima fleet kad SKDS 2.0 itu di Fleet Card SKDS 2 di Lebuh Raya Grand Sepadu, Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto oleh SKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia memperketatkan tindakan penguatkuasaan ke atas pihak yang sengaja menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan subsidi bersasar bahan api kelak.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya sudah mempunyai mekanisme atau pendekatan terbaik bagi menangani perkara itu kelak.

“Itu sebabnya kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggerakkan pelaksanaan (subsidi) berkenaan. Ia bergantung kepada langkah penguatkuasaan dan KPDN mempunyai pendekatan mengenainya kelak.

“Namun, kita akan melakukannya selepas pengumuman pelaksanaan itu kelak bagi memastikan tiada pihak melakukan pencatutan terhadap barangan keperluan di negara ini,” katanya pada sesi penyerahan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2 di Lebuh Raya Grand Sepadu di sini, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar bahan api bagi Semenanjung Malaysia dengan jangkaan penjimatan berjumlah RM4 bilion.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan penyelarasan subsidi bahan api meresahkan rakyat antaranya berkaitan tarikh pelaksanaan dan mekanisme kerajaan untuk menyalurkan bantuan.

Armizan menjelaskan penetapan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel belum diputuskan oleh kerajaan biarpun secara dasarnya ia bakal dilaksanakan tahun ini.

Tegas beliau, perkara itu hanya dilaksanakan selepas Jemaah Menteri berpuas hati dengan perincian semua mekanisme yang memastikan hanya kumpulan sasar layak mendapatkan bantuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI