fbpx

Ini penjelasan beli rumah RM300,000 tapi kena bayar bank RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kira-kira sekali ganda kenaikan yang perlu dibayar oleh setiap peminjam kepada bank sekiranya mereka membuat pinjaman untuk membeli rumah.

Menurut pakar hartanah, Tan Gua Han, beliau menjelaskan mengapa peminjam perlu membayar sehingga RM600,000 kepada bank sedangkan jumlah rumah yang dibeli hanya sekitar RM300,000 sahaja.

“Jika kamu beli rumah harga RM300,000, kamu tahu tak at the end of the day (pada akhirnya) kamu akan bayar cecah RM600,000 keseluruhannya.

“Bank tak mungkin akan beri pinjaman RM300,000 begitu sahaja. Bank mesti akan kenakan ‘interest’ (faedah), biasanya bank akan kata ambil secara purata empat peratus untuk pinjaman rumah.

“Peminjam akan fikir, baru empat peratus sahaja, kenapa rumah RM300,000 kena bayar RM600,000,” katanya menerusi media sosialnya, hari ini.

Beliau yang juga pengasas syarikat pembinaan Sonicon Construction berkata, kadar faedah yang dikenakan bank adalah menjadi satu bebanan kepada peminjam kerana memaksa mereka membayar harga jauh lebih tinggi daripada nilai pembelian rumah.

“Katalah anda buat pinjaman beli rumah sebanyak RM300,000, yang mana kadar faedahnya sekurang-kurangnya 4 peratus dengan bayaran ansuran sebanyak RM1,300 setiap bulan selama 35 tahun.

“Dalam satu tahun, anda sepatutnya hanya perlu bayar sebanyak RM15,600 (RM1,300 darab 12 bulan) tetapi anda juga kena bayar kadar faedah empat peratus dan untuk mengiranya adalah pinjaman rumah RM300,000 darab empat peratus iaitu bersamaan RM12,000 (setahun),” jelasnya.

Beliau juga menerangkan kesannya dalam tempoh setahun pertama itu, peminjam hanya baru membayar hutang pokok sebanyak RM3,600 (RM15,600 tolak RM12,000) dan selebihnya adalah keuntungan pihak bank.

“Bila anda sentiasa lalui proses pembayaran hutang tersebut secara berulang diikuti dengan kadar faedahnya setiap tahun, itu yang menyebabkan hutang rumah anda semakin meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI