fbpx

Video terakhir Presiden Iran sebelum helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raisi memandang ke luar tingkap helikopter. – AFP

TEHRAN –  Satu rakaman video menunjukkan Presiden Ebrahim Raisi berada di dalam helikopter yang dinaikinya sebelum ia terhempas di sempadan Iran dengan Azerbaijan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam klip video tersebut, pemimpin itu dilihat memandang ke luar tingkap, manakala seorang anggota delegasi yang tidak dikenali duduk bertentangan dengannya.

Raisi berada di dalam helikopter tersebut sebelum ia dilaporkan terputus hubungan semalam. Cuaca berkabus serta hujan menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pegawai-pegawai Iran memberi amaran bahawa nyawa Raisi ibarat di hujung tanduk ketika sekutu-sekutu Tehran termasuk Russia menghantar bantuan untuk operasi menyelamat.

Terdahulu, Raisi, 63, berada di wilayah Azerbaijan untuk merasmikan Empangan Qiz-Qalasim.

Raisi berlepas bersama Gabenor wilayah Azerbaijan Timur dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian dalam konvoi disertai tiga buah helikopter.

Dua daripada helikopter itu selamat mendarat di destinasinya, namun Raisi dilaporkan hilang.

Kehilangan beliau mencetuskan operasi mencari besar-besaran dengan pasukan penyelamat menyusuri kawasan pergunungan, namun  bergelut dengan keadaan cuaca buruk.

Komander tentera Iran mengarahkan semua sumber tentera dan pasukan elit Pengawal Revolusi digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Suasana  gelap dan hujan turun tetapi pencarian tetap diteruskan.

“Pasukan penyelamat telah sampai ke kawasan dipercayai lokasi nahas, namun, hujan menyebabkan aliran lumpur yang  menyukarkan pencarian,” kata seorang wartawan tempatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI