fbpx

Serangan balai polis: Saarani lawat keluarga arwah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kanan) menziarahi ahli keluarga Ahmad Azza Fahmi yang maut semasa serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, kira-kira pukul 8.30 malam tadi di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa berbual-bual dengan bapa arwah, Azhar Khaiden, 54, kira-kira 30 minit selain memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pagi Jumaat lalu.

Majoriti ahli keluarga arwah kelihatan tenang dan reda dengan pemergian wira negara itu.

Terdahulu, Saarani mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga arwah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI