fbpx

[VIDEO] Saingan bisnes punca pusat hiburan dibaling bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian baling bom ptrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Sen, Kuala Lumpur, awal pagi Rabu lalu.

KUALA LUMPUR- Salah faham berkaitan perniagaan dipercayai menjadi punca berlakunya kes sebuah pusat hiburan dibaling bom petrol dalam kejadian di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, susulan kejadian itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun awal pagi tadi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini adalah seramai enam orang.

Pois juga dijangka membuat beberapa lagi tangkapan dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Suspek yang keenam akan direman hari ini, Saya percaya ada dua atau tiga lagi suspek yang masih bebas. Ada yang kita mohon reman, tidak reman pun ada,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

Tambah Rusdi, kesemua suspek yang ditahan mempunyai peranan masing-masing dan ada antara mereka mempunyai rekod jenayah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar selepas dibaling dengan bom petrol awal pagi Khamis lalu.

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat memaparkan tindakan empat lelaki menunggang dua buah motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI