fbpx

Tiga perkara jadi fokus MSPO untuk kekal relevan – Johari Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan sentiasa ditambah baik, menjadi salah satu perkara perlu difokuskan bagi memberi nilai tambah kepada industri sawit negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penambahbaikan akan dilakukan terutamanya berkaitan elemen kebolehjejakan, bebas penebangan hutan, pemilikan sah ke atas tanah dan amalan buruh yang baik.

Selain itu, ujarnya, MSPO juga wajar mengadakan sesi libat urus yang efektif dengan pemegang taruh bersama pembuat dasar, persatuan pengguna, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan peniaga.

“Bukan itu sahaja, MSPO mesti lebih aktif dalam melibatkan diri dalam mana-mana forum atau persidangan tempatan dan antarabangsa khususnya yang membincangkan isu- isu berkaitan kemampanan ataupun industri minyak masak dunia.

“Ketiga, kesemua minyak sawit yang dikeluarkan oleh pengusaha yang dipersijilkan oleh MSPO, mesti meletakkan logo MSPO pada produk minyak sawit yang dijual, baik di pasaran tempatan ataupun
antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi, Abdul Hadi Omar.

Tambah Johari, logo yang diletakkan adalah penting sebagai satu langkah untuk menjadikan MSPO sebagai badan pensijilan yang boleh dipercayai dan seterusnya menangani persepsi negatif terhadap industri sawit.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan terus gigih berusaha untuk memastikan MSPO mendapat pengiktirafan global yang sewajarnya supaya dapat memberi nilai tambah kepada pengusaha-pengusaha yang diiktiraf.

“Saya yakin Malaysia mampu mengeluarkan produk sawit berkualiti tinggi dengan nilai yang premium sambil mengekalkan tahap daya saing yang tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI